Tuesday, 19 January 2016

(FUNGSI MIX FIBER Herbalife with Inulin Powder Drink ?)

Salam Extravaganza.

Alhamdulilah selesai 10 tahun Ulang Tahun Herbalife di Malaysia..

Lama gak Tunggu kemunculan Mix Fiber ni... Yeah!

SANGAT SESUAI YANG SUSAH SGT JUMPA MR T

APA ITU SEMBELIT?
Sembelit adalah kejadian buang air besar kurang dari 
Tiga kali Seminggu! 

Maksud sembelit yang biasa seseorang tidak membuang air besar lebih dua hari.

Sifat najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul. Ramai penghidap sembelit perlu meneran bagi mengeluarkan najis tersebut.

Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut.

Sering sembelit boleh menimbulkan menyebabkan beberapa simptom seperti 

bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.

Antara Punca Sembelit adalah:

1) Kurang Minum Air – Secara lazimnya, kita perlu minum kira-kira 8 gelas air suam setiap hari untuk memastikan proses pencernaan berjalan lancar. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan berlakunya kesukaran untuk membuang air besar. Ini berpunca dari proses penghadaman yang terganggu akibat kekurangan cecair.

2) Stress Atau Tekanan – Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa stress atau tekanan juga boleh menyebabkan berlakunya sembelit. Saraf yang berfungsi untuk mengatur sistem penghadaman boleh terganggu prosesnya bila seseorang berada dalam keadaan tertekan atau stress dan ini akan menyebabkan berlakunya kesukaran untuk membuang air besar.

3) Kurang Cergas Atau Tidak Bersenam – Bila badan tidak aktif bergerak, ia juga boleh mengganggu sistem penghadaman. Amalkan bersenam setiap hari walaupun sekadar berjalan kaki atau senaman ringan untuk memastikan badan sentiasa kekal cergas.

4) Wanita Mengandung – Sistem hormon dan saraf seseorang wanita mengandung akan menjadi tidak stabil, ini akan mengakibatkan wanita tersebut mengalami sembelit yang kadang kala boleh menjadi agak kronik juga.

5) Perubahan Waktu – Melancong juga boleh menjadi punca sembelit. Bila kita melancong atau bercuti ke tempat lain, kemungkinan perjalanan yang jauh dan waktu makan yang berubah akan menyebabkan proses penghadaman turut terganggu.


Cara Mengatasi Masalah Sembelit

1) Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Lebih banyak air, lagi elok untuk sistem penghadaman. Kalau nak tahu sama ada badan kurang air atau tidak, periksa warna air kencing anda. Kalau agak kekuningan, maksudnya badan anda kurang air. Boleh baca artikel Kaitan Warna Air Kencing Dengan Kesihatan, untuk info lanjut.

2) Amalkan makanan yang tinggi kandungan SERAT seperti bijirin, buah-buahan dan sayur, sayuran. Makanan yang tinggi kandungan serat dapat membantu proses pencernaan berjalan dengan lebih lancar.

3) Pastikan anda rajin bersenam. Senaman membantu meningkatkan kadar metabolisme dan melancarkan proses pencernaan.

4) Apa yang paling penting adalah jadikan rutin ke tandas itu sebagai amalan harian. Jangan suka melengah bila terasa ingin membuang air. Tabiat buruk ini akan menyebabkan masalah sembelit bertambah kronik.




FUNGSI MIX FIBER with Insulin Powder Drink ?


-Mengandungi serat larut dan serat yang tidak larut yang baik
-Setiap hidangan membekalkan 5g serat daripada 20-30g pengambilan serat harian yang disyorkan
-Bolegh dinikmati dengan air atau ditambah ke dalam SHAKE HERBALIFE,JUS atau Minuman kegemaran..

KENAPA SERAT PENTING ?


-Serat tidak larut menyokong pergerakan USUS
-Serat larut memperlahankan pergerakan makanan dalam sistem pencernaan dan memberi rasa kenyang..
-Bagus utk PROSES penurunan Berat Badan..


Apakah Inulin ?

Serat dalam inulin larut ,yang bermaksud ia larut di dalam air.Ia larut di dalam perut dan kemudian membentuk bahan agar-agar yang :

- Melambatkan Pencernaan
- Meningkatkan RASA Kenyang
- Membuang kolesterol kerana ia melalui saluran penghadaman.

Inulin bantuan penghadaman dengan meningkatkan bilangan bakteria baik dalam usus, terutamanya Bifidobacteria dan Lactobacillus.

Bakteria ini membantu:

- Menangkis patogen yang tidak diingini (bakteria baik)
- Mencegah jangkitan
- Merangsang sistem imun anda

Inulin juga menambah pukal kepada najis anda dan meningkatkan kekerapan buang air besar anda.

Anda mungkin mempunyai pergerakan usus yang lebih, tetapi inulin memperlahankan penghadaman secara keseluruhan. 

Ini membolehkan badan anda untuk lebih menyerap nutrien daripada makanan yang anda makan.



Coach Miss Kay 0172030969

No comments:

Post a Comment