Kay doakan sesiapa sahaja yang singgah ke blog Kay sentiasa sihat,ceria dan gembira InsyAllah..
Firman Allah Ta’ala, “… dan jika kamu junub maka mandilah, dan
jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air besar
(kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka
bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih): sapulah mukamu dan tanganmu
dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak
membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.”
(al-Maa’idah: 6)
Firman Allah Ta’ala, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu
ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub,
terkecuali sekadar berlalu saja, hingga kamu mandi. Dan, jika kamu sakit atau
sedang dalam musafir atau kembali dari tempat buang air atau kamu telah
menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapatkan air, maka bertayamumlah
kamu dengan tanah yang baik (suci): sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya,
Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.” (an-Nisaa’: 43)
Hanya perkongsian agar dapat manafaat bersama InsyAllah,
Topik Hari Ini.Alhamdulilah Saya Nak Belajar Cara Manji Wajib
Semoga Allah Permudahkan Hendaknya..
Semoga Allah Permudahkan Hendaknya..
JOM Belajar Sama2 Dgn Ustaz DON
"Meratakan air di seluruh badan dengan Niat"
Mungkin ramai yang dah mahir dan faham cara-cara bagaimana nak Mandi Wajib ni...Kay tidak la pandai nk mengajar..Cuma nk berkongsi dari Buku2 yang Kay baca dan Youtube yang Kay tengok...Niat hanya kerana Mencari Keredaan Allah..
Sangat sedar Kay banyak tak tau dan banyak kena belajar lagi..
Hari ini terfikir nak belajar Cara Mandi Wajib...Teringat satu Kisah dimana Hamba Allah ini terpaksa masuk ke Neraka disebabkan kesilapan Cara mandi Wajib..Kay tak ingat siapa n tak ingat sgt cerita yang details..Namun pengajarannya adalah kena sentiasa rujuk dan sentiasa belajar tentang Hukum Islam..Hanya kerana sedikit kesilapan yang kita tidak sedar kita tak tahu yang itu la kesilapan tidak diterima ibadat kita disisi Allah... Allah Maha Besar..
Semoga Kita Sama2 belajar Cara Mandi Wajib ini bersama..
Dari Buku Fardhu'Ain Kanak-Kanak Remaja..
(Alhamdulilah seorang Ustaza yang sangat Kay Hormati menghadiahkan Kay buku ni..)
Dah lama sebenarnya Kay nak belajar Fardhu Ain..Cuma biasalah rasa rendah diri dan malu selalu ada dalam hati ni...Mencari Ustazah yang mampu menjawap soalan dgn Jelas dan Sabar..Syukur Ustazah yang Kay kenal ni faham akan tahap pemahaman seseorang...
Bagus cari dan beli buku ni..Sesuai sgt pada yang baru nk belajar..
Seronok belajar dgn Ustaz Don Cara Mandi Wajib...
Semoga Dapat Manafaat Bersama
Insyallah..
(One Day dgn Izin Mu ya Allah,Nk ajar pula anak2..Mama Syg anak2 Mama)
No comments:
Post a Comment